pakaian yang kena untuk bertudung

Pengikut

Khamis, 14 Jun 2012

Ana Mula Bertudung

ASSALAMUALAIKUM, kita berjumpa dilaman bertudung menawan . Disini Ana nak kongsi pengalaman Ana bagaimana Ana bertudung .
Ana mula pakai tudung bila Ana berumur 5 tahun tanpa paksaan.
Ceritanya bermula . Ana selalu melihat ibu Ana memakai tudung , hingga satu hari Ana bertanya " ibu tak panas ke pakai benda tu ?" " Ana nak pakai ehk ?" ibu tanya kembali . Ana pun menjawab " nak , tapi boleh ke ?" ibu berkata " apa pula tak boleh , mestilah boleh " . Lalu ibu pun ambilkan tudung yang di kaitnya untuk Ana pakai . Ana sangat gembira dapat pakai tudung sehingga makcik , pakcik dan nenek Ana menyuruh Ana bukak tudung tapi Ana kata tak nak ALHAMDULILLAH sampailah Ana berumur 27 tahun sekarang masih memakainya . Oklah sampai disini sahaja Ana berkongsi pengalaman Bagaimana Ana bertudung .ASSALAMUALAIKUM wr rb . Senyum- senyum selalu kerana senyum itu sedekah